Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sepenuh Masa

​Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan dari sekolah konvensional yang sudah tamat GCE 'O' atau GCE 'A' dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam (DPI).

​Pengajian sepenuh masa selama 2 tahun (6 semester) ini sesuai untuk lulusan madrasah sepenuh masa yang sudah tamat menengah 4 atau pra-universiti dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

majlis konvokesyen kali ke-8_0006.jpg

Separuh Masa

Diploma Pengajian Islam (DPI) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil yang merangkumi pelbagai disiplin agama. 

Diploma Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah (DPQS) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil dalam bidang pengajian al-Qur'an dan al-Sunnah.

​Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan program pengajian bahasa Arab peringkat sijil.

​Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) ditawarkan secara separuh masa (2.5 - 3 tahun) sebagai program pengajian peringkat lanjutan dalam bidang psikologi Islam dan kaunseling.

​Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Diploma Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam secara separuh masa (6 tahun) ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma Lanjutan pengajian Islam dengan tempoh masa bersesuaian dengan profil pelajar dewasa yang bekerja.

bottom of page