top of page

Kata-Kata Pendahuluan

KONVOKESYEN & Penyampaian Sijil Kali Ke-10_115.jpg

Selamat datang ke Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri (Al-Zuhri), sebuah institusi pengajian tinggi yang pertama di Singapura menawarkan pengajian Islam di peringkat diploma secara sepenuh masa sejak tahun 2002. Al-Zuhri disokong Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Singapura (PERGAS).

 

Matlamat pendidikan Al-Zuhri adalah untuk melahirkan insan mulia yang bertaqwa dan berkebolehan supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Pengajian Islam di peringkat tinggi memainkan peranan penting dalam menentukan falsafah, matlamat dan kaedah seluruh sistem pendidikan Islam. Pengajian di peringkat tinggi juga harus menawarkan pengajian untuk pelbagai disiplin (jami'ah) dan bersifat menyeluruh (kulliyah). Pendekatan Al-Zuhri pada pendidikan sememangnya bersifat menyeluruh. Ia tidak hanya menumpukan perhatian pada aspek-aspek tertentu agama sahaja, malah membimbing para pelajar untuk membuka minda pada kefahaman agama yang komprehensif dan kaitannya dengan kehidupan. Langkah kami lebih kepada arah membentuk pendidikan yang seimbang dan sepadu.

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana jumlah graduan Al-Zuhri yang melanjutkan pengajian Islam di peringkat ijazah semakin meningkat. Yang lebih menarik lagi, jumlah yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau Master dan Phd juga semakin bertambah. Ini suatu tren yang positif dan harus digalakkan. Semoga dengan peningkatan ilmu akan dapat menambahkan kefahaman dan penghayatan yang sebenar terhadap agama Allah yang maha suci ini. Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda untuk sama-sama mengikuti pengalaman pembelajaran yang menarik di sini.

 

Wan Hussin Zoohri
Pengerusi

Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

bottom of page