Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Pengenalan

Ditubuhkan pada tahun 2000, Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri merupakan pusat pendidikan Islam (IECP) yang diiktiraf oleh MUIS. Ia dinamakan sempena ulama terkemuka, Kiai Haji Ahmad Zuhri Mutammim. Kami komited untuk menyediakan pendidikan Islam yang relevan, khusus untuk pelajar dewasa yang ingin memahami, menghayati, dan mengamalkan Islam sambil memenuhi tanggungjawab harian.

 

Kami menawarkan dua pilihan program utama:

 

1. Program Sepenuh Masa: Pra Diploma dan Diploma Pengajian Islam (PPI & DPI), dirancang untuk pelajar lulusan Thanawi 4 Madrasah Sepenuh Masa tempatan yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti.

 

2. Program Separuh Masa Sijil hingga Sarjana: Menyediakan pilihan yang fleksibel bagi mereka yang ingin menimba ilmu tanpa mengganggu komitmen kerja atau keluarga, sama ada secara fizikal atau dalam talian, dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 

 

Kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan ilmu bersama kami. Tonton video ini untuk maklumat lanjut tentang program-program yang kami tawarkan dan klik senarai program. 

bottom of page