top of page

Visi, Misi & Natijah Pengajian

Visi
 

Suatu institusi unggul yang menyediakan pendidikan Islam bagi melahirkan individu Muslim cemerlang yang menyumbang dalam membangunkan ummah.

 

 

Misi
 

Al-Zuhri bertekad membangun potensi aql agar dioptimum peranannya berpandukan Islam dan pemangkin ke arah kesucian ruhani menerusi pendidikan Islam sepadu. Kami berusaha gigih membina insan bersemangat ilmiah serta bersedia berbakti agar terwujud masyarakat Islam madani yang bertaqwa.

Natijah Pengajian
 

Berilmu

 

  • Menguasai ilmu-ilmu teras, memahami konsep kesepaduan dalam ilmu serta dapat menghubung-kaitkan (duniawi dan ukhrawi) dengan kehidupan seharian.

  • Memahami Maqasid Syariah, mempunyai tasawwur Islam yang jelas dan mampu mengaplikasikannya sesuai dengan konteks semasa. 

  • Mengetahui pemikiran, dasar-dasar utama negara dan peka kepada pelbagai amalan agama dan budaya yang wujud di Singapura.

  • Berfikir secara kreatif, kritikal dan analitikal dalam memahami isu semasa serta berupaya menghadapi cabaran kehidupan di Singapura.

  • Berkemahiran dalam bahasa Arab, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 

 

Beriman, Beramal dan Bertaqwa

 

  • Berpegang teguh pada Al-Quran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian dan memiliki keyakinan yang mendalam terhadap Islam sebagai agama rahmat bagi sekelian alam.

  • Mempunyai akhlak yang terpuji dan berupaya meletakkan sesuatu pada tempatnya (beradab).

  • Mempunyai semangat untuk mempertingkat diri dan minat yang berterusan untuk menimba ilmu.

  • Memiliki wawasan dan ciri-ciri kepimpinan yang komited untuk mewujudkan masyarakat cemerlang serta bersedia untuk mengorbankan masa dan tenaga.

​​

Nilai


Kami percaya bahawa setiap warga kerja Al-Zuhri mampu dan ingin menyumbang secara berkesan kepada kerjayaan organisasi. Sehubungan dengan ini, dalam semua urusan, kami menghayati ciri-ciri berikut :

 

Fokus Pelanggan

Kami komited untuk menjalin hubungan baik dengan semua waris dan para pelajar sebagai rakan-rakan sepanjang hayat. Kami menghormati setiap dari mereka sebagai individu yang penting dan mempunyai keperluan tersendiri.

 

Pembangunan Warga Kerja

Kami berusaha mewujudkan suasana kerjaya yang membuka peluang kepada setiap warga kerja kami untuk mengoptimumkan potensi diri.

 

Kerja Berkumpulan

Kami yakin dengan budaya kerja secara berkumpulan dengan semangat bergotong royong. Kami menghargai segala sumbangan dari setiap warga kerja, waris dan pelajar.

 

Inovasi

Kami beriltizam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami dari pelbagai segi secara berterusan. Kami akan memastikan sebarang bayaran yang dikenakan adalah wajar dan berpatutan.

bottom of page