top of page

Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK)

PENDAHULUAN

Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling (DPIK) ditawarkan sebagai pengajian pos-menengah secara separuh masa. Ia merupakan lanjutan bagi Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling untuk mempelajari aspek terpenting tentang Insan menurut cara pandangan alam Islam. Program ini merangkumi teori-teori utama tentang insan, serta bagaimana membawanya kepada praktik yang dapat membantu seseorang individu lebih mengenali dirinya dan orang-orang di sekelilingnya. 

7a.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  1. Berusia tidak kurang dari 16 tahun

  2. Telah lulus dan mendapatkan sijil dari salah satu pengajian di bawah:

    • Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

    • Mempunyai latarbelakang pengajian Psikologi dan Kaunseling di institusi lain

  3. Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling

Pengajian Secara Odit (Berkala)

Pelajar odit mengikuti pengajian secara berkala (part-time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan sahaja dan tidak akan diberikan sijil kelulusan diploma.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu 

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian secara fizikal dalam bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom

  • Praktikum kaunseling

Aktiviti Pembelajaran

  • Tugasan

  • Pembentangan

  • Perbincangan

  • Kuiz

  • Webinar

  • Kajian Kes

Perincian Program

Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:

DPIKO matapelajaran.png
SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil bagi Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling (DPIK) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri.
YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $539.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $89.80 menerusi giro

bottom of page