Pra Diploma Pengajian Islam (PPI)
PENDAHULUAN
​
Pra Diploma Pengajian Islam (PPI) adalah pengajian sepenuh masa selama 2 tahun. Sesuai untuk lulusan dari sekolah konvensional yang sudah tamat GCE 'O' atau GCE 'A' dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam (DPI).
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Pra-Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:
-
Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
-
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit GCE ‘O’ Level
-
Mempunyai kelulusan peperiksaan darjah 6 peringkat madrasah kelolaan MUIS atau setaraf dengannya.
-
Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad. Peperiksaan kemasukan (entry test) juga akan diberikan untukmemastikan kemahiran bahasa calon menepati taraf yang telah ditetapkan.
PROSEDUR KEMASUKAN
Peserta yang berminat untuk memasuki program Pra-Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
-
2 keping gambar saiz passport
-
Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
-
Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
-
Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
-
Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula
WAKTU PENGAJIAN
Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang) - Wisma Indah
YURAN PENGAJIAN
1. Yuran Pendaftaran
Pra Diploma : $107.00
2. Yuran Bulanan
Pra Diploma : $828 Setiap Semester/ $207 Setiap Bulan
Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.
TEMPOH PENGAJIAN
​
Tempoh pengajian bagi Pra-Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada 2 tahun (6 semester).
Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.
