top of page

Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri (DPIZ)

PENDAHULUAN

Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri (DPIZ) ditawarkan sebagai pengajian pos-menengah secara separuh masa selama 4 tahun yang merangkumi pelbagai disiplin agama seperti pengajian al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah. Di samping itu, ia juga menawarkan modul-modul yang membincangkan aplikasi ilmu dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam.

6_edited.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Diploma Pengajian Islam Zuhri

Pengajian Secara Odit (Berkala)

• Berusia tidak kurang dari 17 tahun

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian secara fizikal dalam bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom

  • Sesi simposium selama 4 kali dalam setahun

Aktiviti Pembelajaran

  • Tugasan

  • Pembentangan

  • Perbincangan

  • Kuiz

  • Webinar

  • Kajian Kes

Perincian Program

Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:

a. Senarai Modul Wajib :

DPIZO matapelajaran WAJIB.png

b. Senarai Modul Elektif :

DPIZO matapelajaran ELEKTIF.png

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Islam Zuhri (DPIZ) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri atau Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIZL).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $539.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $89.80 menerusi giro

bottom of page