Diploma Pengajian Islam (DPI)
PENDAHULUAN
​
Diploma Pengajian Islam (DPI) adalah pengajian sepenuh masa selama 2 tahun. Sesuai untuk lulusan madrasah sepenuh masa yang sudah tamat menengah 4 atau pra-universiti dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:
-
Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
-
Pengajian sekurang-kurangnya 10 tahun di madrasah sepenuh masa atau institusi yang diiktiraf setaraf dengannya
-
Berkelulusan Sijil Empat (STE) kelolaan MUIS atau Thanawi Rabi’ (menengah 4) daripada madrasah yang diiktiraf
-
Mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit GCE ‘O’ Level
-
Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan pengetahuan am diberi keutamaan.
PROSEDUR KEMASUKAN
Peserta yang berminat untuk memasuki program Diploma Pengajian Islam perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan:
-
Dua keping gambar saiz passport
-
Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan
-
Surat keterangan (testimonial letter) daripada sekolah, jika ada
-
Salinan surat berhenti atau keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)
-
Calon tidak dibenarkan untuk membuat pendaftaran selepas 3 minggu pengajian bermula
TEMPOH PENGAJIAN
​
Tempoh pengajian bagi Diploma Pengajian Islam Al-Zuhri adalah tidak kurang daripada 2 tahun (6 semester).
Al-Zuhri mengamalkan sistem 3 semester dalam jangkamasa 12 bulan. Setiap semester mempunyai 15 minggu pengajian dan 2 minggu cuti.

WAKTU PENGAJIAN
Isnin hingga Jumaat (pagi dan petang) - Wisma Indah
YURAN PENGAJIAN
1. Yuran Pendaftaran
Diploma : $107.00
2. Yuran Bulanan
Diploma : $936 setiap semester/$234 setiap bulan
Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.