Diploma Psikologi Islam & Kaunseling Lanjutan (DPIKL)
PENDAHULUAN
Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Lanjutan (DPIKL) merupakan sebuah program lanjutan khas untuk melahirkan kaunselor profesional berkemahiran tinggi. Program ini menggabungkan prinsip psikologi Islam dengan pendekatan saintifik psikologi Barat bagi menghasilkan amalan kaunseling yang holistik dan efektif. Peserta akan dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang memenuhi piawaian profesional, serta berpeluang untuk mendapat pengiktirafan daripada Singapore Association for Counselling (SAC). Program ini sangat sesuai bagi individu yang ingin mempertingkatkan kepakaran kaunseling sambil mengekalkan nilai-nilai Islam.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
• Pemegang Diploma Psikologi Islam dan Keluarga atau Diploma Khas Kaunseling Keluarga.
• Pemegang Diploma atau Ijazah dalam Psikologi Barat.
• Kaunselor profesional yang berkelayakan.
JADUAL PENGAJIAN
• Tempoh Pengajian: 1 tahun 2 bulan
• Struktur: 10 modul
o Setiap modul dijalankan selama 5 minggu, diikuti dengan tugasan dalaman atau praktikum di pusat kebajikan di Singapura atau Malaysia.
• Selepas menamatkan semua modul, peserta perlu menjalani internship (sepenuh masa atau jumlah jam tertentu) untuk memenuhi keperluan pengiktirafan SAC.
• Klik butang “Daftar Secara Online” di bawah untuk lakukan pendaftaran secara online.
PERINCIAN PENGAJIAN
Kod Modul Nama Modul
WPKL210 Konsep IDEAL
WPKL211 Bahan-Bahan Intervensi dalam Kaunseling
WPKL212 Isu-Isu Keluarga dan Penyelesaiannya
WPKL213 Modul Intervensi Isu-Isu Keluarga
WPKL214 Perancangan Intervensi – 5S
WPKL215 Strategi Sistematik Kaunseling Keluarga & Psikologi Islam
WPKL216 Sesi Intervensi Isu-Isu Keluarga
WPKL217 Pendekatan Intervensi
WPKL218 Intervensi Kesedaran Nilai
WPKL219 Penelitian Kes Studi
Latihan Klinikal dan Praktikum:
• Sesi simulasi dalaman (role play) bagi setiap modul.
• Praktikum di pusat kebajikan seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (Singapura) dan TBQ Children’s Home (Johor).
• Program latihan klinikal intensif untuk memenuhi syarat pengiktirafan SAC.
SISTEM PENILAIAN
Pelajar akan dinilai secara berterusan melalui:
Komponen Penilaian Peratusan
Kehadiran 20%
Tugasan & Projek 20%
Praktikum & Penilaian Klinikal 60%
• Gred minimum lulus: C (50% – 54%).
• Skala gred: A (Amat Cemerlang) hingga F (Gagal).
• Pelajar perlu mengekalkan prestasi akademik yang memuaskan untuk melayakkan diri bergraduasi.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan. Untuk dianugerahkan Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Lanjutan, pelajar perlu:
• Menyelesaikan kesemua 10 modul dengan gred lulus minimum.
• Mematuhi segala peraturan akademik dan pentadbiran.
• Menjelaskan semua yuran pengajian.
JALUR PENGAJIAN
Graduan program DPIKL boleh meneruskan laluan kerjaya dan pendidikan seperti:
• Pendaftaran profesional dengan Singapore Association for Counselling (SAC).
• Pengajian lanjutan dalam bidang Psikologi Islam, Kaunseling atau Pengajian Islam.
• Kerjaya dalam perkhidmatan sosial, kebajikan masyarakat, kaunseling keluarga dan kaunseling komuniti.
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pendaftaran: $62 (sekali sahaja)
Yuran Pengajian: Bayaran bulanan sebanyak $121 melalui potongan GIRO.