Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS)

PENDAHULUAN

Diploma Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah (DPQS) ditawarkan sebagai pengajian pos-menengah secara separuh masa selama 4 tahun. Fokus kepada pengajian ilmu-ilmu teras pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah. Di samping itu, juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Taṣawwur Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam. 

5a.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program program Diploma Pengajian al-Qur'an & al-Sunnah

Pengajian Secara Odit (Berkala)

• Berusia tidak kurang dari 17 tahun

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian secara fizikal dalam bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom

  • Sesi simposium dua kali dalam setahun

Aktiviti Pembelajaran

  • Tugasan

  • Pembentangan

  • Perbincangan

  • Kuiz

  • Webinar

  • Kajian Kes

Perincian Program

Mata Pelajaran Wajib Diploma

  1. ‘Aqidah Islam I & II

  2. ‘Ulūm al-Qur’an I & II

  3. Tafsīr al-Qur’an I & II

  4. Sains dalam al-Qur’an I & II

  5. Qira’at I, II, & III

  6. Qawā’id al-Tafsīr

  7. Sejarah Pembukuan Qur’an & Ideologi Orientalis Mengenai Qur’an

  8. ‘Ulūm al-Hadīth

  9. Rijāl al-Hadīth

  10. Takhrīj al-Hadīth

  11. Jarh wa al-Ta’dīl

  12. Kajian Hadīth Ḍa‘īf & Mawḍū’

  13. Sejarah Pembukuan Hadīth & Ideologi Orientalis Mengenai Hadīth

  14. Tasawwur Islam

  15. Bahasa Arab I & II

  16. Metodologi Kajian Ilmiah

 

Mata Pelajaran Elektif

  1. Bahasa Arab al-Qur’an III & IV

  2. Tajwīd & Rasm al-Qur’an

  3. Dhabt al-Qur’an

  4. Pengajaran dari Sirah Nabi SAW

  5. Tazkiyah al-Nafs

  6. Perbandingan Agama – al-Adyan

  7. Adab al-‘Alim wal Muta‘allim

  8. Fiqh Da’wah

  9. Pengajian Pemikiran Islam di Singapura

  10. Asas Psikologi & Kaunseling

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Diploma Pengajian al-Quran dan Sunnah akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) atau Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) di Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $539.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $89.80 menerusi giro

bottom of page