Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL)

PENDAHULUAN

Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Diploma Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam secara separuh masa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma Lanjutan pengajian Islam dengan tempoh masa bersesuaian dengan profil pelajar dewasa yang bekerja. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.

 

Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIL) ditawarkan yang merangkumi pelbagai pengkhususan disiplin agama. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah. Program ini juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang dari 19 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat diploma atau pra universiti di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap semester mengikut ketetapan institusi dan pensyarah. Penilaian meliputi peperiksaan, tugasan, pembentangan dalam kelas dan kehadiran.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Diploma Pengajian Islam Lanjutan akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Lanjutan berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program master di program Pasca Siswazah Pengajian Islam kerjasama Zuhri dan UIKA dan universiti-universiti lain di Indonesia atau Malaysia.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $99.00 sebulan (dibayar melalui giro).

Waktu Pejabat 

Isnin hingga Ahad : 8 pagi-5 petang

Waktu rehat : 1 petang - 2 petang

 Syarikat Kerabat : 

LOGO ANDALUS.png

© 2020 Hakcipta Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

Langgani Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube