top of page

Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA)

PENDAHULUAN

Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) ditawarkan sebagai pengajian pos-menengah secara separuh masa selama 4 tahun untuk mendalami Bahasa Arab. Di samping mendalami modul-modul seperti ‘Ilmu Nahu, ‘Ilmu Saraf, Mutola’ah, ‘Ilmu Balaghah, program ini juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pengajaran dan Sirah Nabi Muhammad SAW.  

6a_edited.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan Sijil Pengajian Bahasa Arab dari Al-Zuhri dan Andalus, atau telah belajar bahasa Arab setaraf dengan peringkat sijil dari mana-mana institusi yang diiktiraf

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Diploma Pengajian Bahasa Arab

Pengajian Secara Odit (Berkala)

• Berusia tidak kurang dari 17 tahun

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

PERINCIAN PROGRAM

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Diploma Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $539.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $89.80 menerusi giro

bottom of page