Diploma
Program Pengajian Online

Sijil Pengajian Ugama (SPU) secara di atas talian (online) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa (2 tahun) yang merangkumi pelbagai disiplin agama.
Sijil Pengajian al-Qur’an (SPA) secara atas talian (online) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa (2 tahun) yang memberi tumpuan kepada bidang pengajian al-Qur'an.
Sijil Psikologi Islam & Kaunseling (SPIK) secara di atas talian (online) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa (2 tahun) yang memberi tumpuan kepada bidang pengajian psikologi dan kaunseling menurut cara pandang alam Islam
Diploma Pengajian Islam (DPI) secara di atas talian (online) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil yang merangkumi pelbagai disiplin agama
Diploma Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah (DPQS) secara di atas talian (online) ditawarkan secara separuh masa (4 tahun) sebagai lanjutan dari program pengajian peringkat sijil dalam bidang pengajian al-Qur'an dan al-Sunnah.
Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) secara di atas talian (online) ditawarkan secara separuh masa (2.5 - 3 tahun) sebagai program pengajian peringkat lanjutan dalam bidang psikologi Islam dan kaunseling.
Dengan kemudahan teknologi, pengajian agama kini dapat dijalankan secara online. Al-Zuhri menyediakan program-program melalui wadah virtual/online sesuai dengan perkembangan semasa. Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu agama tidak kira masa dan tempat. Dapatkan maklumat lanjut mengenai program SPUO, SPAO, SPIKO, DPIO, DPQSO dan DPIKO.