Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sijil Pengajian Al-Qur'an Online (SPAO)

PENDAHULUAN

Sijil Pengajian Al-Qur’an Online (SPAO) ialah program pengajian Islam separuh masa peringkat asas yang dijalankan secara dalam talian bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri kelas fizikal.

Program ini menumpukan kepada pemahaman ilmiah al-Qur'an, termasuk sejarah pembukuan al-Qur'an, tokoh ulama qira'ah, tajwid teori, serta ilmu fawasil dan dhawabit, selain pengajian Islam teras seperti aqidah, shariah, dan hadith. Ia tidak memberi tumpuan kepada aspek praktikal atau talaqqi bacaan al-Qur’an, sebaliknya bertujuan membina pemahaman yang menyeluruh tentang al-Qur’an dalam kerangka keilmuan Islam.

Melalui program ini, peserta dapat memahami asas-asas pengajian al-Qur’an secara akademik serta memperkukuhkan pemahaman agama bagi pengamalan yang lebih baik dalam kehidupan seharian.

10a.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas. 

  • Untuk sertai SPAO, peserta hanya perlu mempunyai asas fardhu ‘ain dan kemahiran baca al-Qur’an peringkat asas. 

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu Minggu

Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Sijil Pengajian Al-Qur'an Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 2 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

 

Perincian Program: -

  1. Tarikh al-Mushaf

  2. Tarikh al-Qurra’

  3. Rasm al-Quran

  4. Dhobt al-Quran

  5. Fawasil

  6. Tajwid 1 & 2

  7. Asas Pengajian Qiraat 1 & 2

  8. Ulum al-Quran 1 - 3

  9. Hifz al-Quran

  10. Qasas al-Quran

  11. Ulum al-Hadith 1

  12. Bahasa Arab al-Quran

PENGANUGERAHAN SIJIL

SPAO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPAO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (DPQS) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $404.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $67.40 menerusi giro.

bottom of page