Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO)
PENDAHULUAN
Program Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO) adalah pengajian Islam separuh masa dijalankan menerusi wadah online. Peserta didedahkan dengan asas-asas ilmu psikologi dan kaunseling yang berteraskan Islam. Objektif pengajian ini untuk memberikan pengetahuan dasar mengenai hakikat insan menurut cara pandangan alam Islam, juga turut membandingkannya dengan pandangan-pandangan psikologi konvensional tentang insan.
Program SPIKO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.
Dengan mengikuti program ini, peserta dapat mengetahui dasar-dasar psikologi Islam dan kaunseling.

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN
-
Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas.
-
Untuk sertai SPIKO, peserta hanya perlu mempunyai asas fardhu ‘ain dan kemahiran baca al-Qur’an peringkat asas.
MUSIM PENGAJIAN
Semester 1 (Jan – Apr):
Minggu Pengajian : Jan – Apr (14 minggu)
Minggu Peperiksaan : April (2 minggu)
Minggu Cuti : April (1 minggu)
Semester 2 (Mei – Ogs):
Minggu Pengajian : Mei - Ogs (14 minggu)
Minggu Peperiksaan : Ogos (2 minggu)
Minggu Cuti : Ogos (1 minggu)
Semester 3 (Sep – Dis):
Minggu Pengajian : Sept – Dis (14 minggu)
Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)
Minggu Cuti : Dis (1 minggu)
SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN
Sijil Psikologi Islam & Kaunseling Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama. Program ini dijalankan secara bermodul selama 2 tahun.
-
Pengajian secara atas talian (asynchronous) .
-
Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.
-
Sesi persidangan web “web conference” (synchronous).
Aktiviti Pembelajaran & Penilaian
-
Tugasan (Open-Ended)
-
Kuiz
-
Forum
-
Webinar
-
Kajian Kes
-
Perbincangan
Jadual Sesi Perkuliahan
-
Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini
Perincian Program

PENGANUGERAHAN SIJIL
SPIKO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIKO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ).
YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran: $62.00
Yuran pengajian: $400.20 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $66.70 menerusi giro.