Sijil Pengajian Bahasa Arab Online (SPBAO)
PENDAHULUAN
SPBAO adalah program pengajian bahasa Arab online selama 2 tahun untuk peserta dewasa. Program ini memberikan pelbagai ilmu asas bahasa Arab dan membantu peserta menguasai empat kemahiran bahasa yang utama. Program ini fleksibel dan komprehensif, dengan penekanan pada teori dan praktikal. SPBAO membuka peluang baru dalam kerjaya dan pengajian lanjut.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
-
Berusia 17 tahun ke atas.
-
Memiliki kemahiran asas membaca al-Qur'an dan fardhu 'ain
Pengajian Secara Odit
Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.
MUSIM PENGAJIAN
Semester 1
Penggal 1
Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu
Minggu Cuti (Apr): 1 minggu
Penggal 2
Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu
Minggu Cuti (Jun): 1 minggu
Semester 2
Penggal 3
Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu
Minggu Cuti (September): 1 minggu
Penggal 4
Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu
Minggu Cuti (Disember): 1 minggu
JADUAL PROGRAM PENGAJIAN
Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini
PERINCIAN PROGRAM
Struktur perkuliahan
- Sesi pengajian virtual dalam talian Zoom selama 2 jam setiap minggu
- Menyelesaikan tugasan-tugasan menerusi platfom di atas talian
Senarai Modul
Fasa 1
- Bahasa Pertuturan 1
- Bahasa Pertuturan 2
- Qira'ah wa al-Kitabah (Baca - Tulis)
- Al-Isti'ab 1 (Kefahaman)
Fasa 2
- Al-Isti'ab 2 (Kefahaman)
- Bahasa Arab Pertuturan 3
- Ilmu Sorf 1 (Morfologi)
- Ilmu Sorf 2 (Morfologi)
- Ilmu Nahu 1 (Tatabahasa)
- Ilmu Nahu 2 (Tatabahasa)
- Insha' 1 (Karangan)
- Insha' 2 (Karangan)
- Bahasa Arab al-Qur'an 1
- Bahasa Arab al-Qur'an 2
- Bahasa Arab Hadith 1
- Bahasa Arab Hadith 2
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab Online (SPBAO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil Pengajian Bahasa Arab Online akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran: $62
Yuran pengajian: $404.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $67.40 menerusi giro