Diploma Pengajian Bahasa Arab Online (DPBAO)
PENDAHULUAN
Diploma Pengajian Bahasa Arab Online (DPBAO) ditawarkan sebagai program pengajian pos-menengah secara separuh masa selama empat tahun untuk mendalami bahasa Arab secara online. Program ini merangkumi modul-modul seperti ‘Ilmu Nahu, ‘Ilmu Saraf, Mutola’ah, dan ‘Ilmu Balaghah, serta pengajian yang berasaskan aplikasi dan kefahaman kontekstual seperti Tasawwur Islam, Tamadun Islam, Pengajaran, dan Sirah Nabi Muhammad SAW. Dirancang khusus untuk peserta dewasa, program ini menawarkan fleksibiliti pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan jadual harian mereka, membolehkan mereka menguasai bahasa Arab secara mendalam sambil mendedahkan diri kepada ilmu-ilmu pengajian Islam lain. Kelebihan DPBAO termasuk pendekatan praktikal dan komprehensif, menyokong perkembangan akademik dan profesional peserta dalam suasana yang mudah diakses dan sesuai dengan kehidupan moden.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
-
Berusia tidak kurang dari 17 tahun
-
Telah menamatkan Sijil Pengajian Bahasa Arab dari Al-Zuhri dan Andalus, atau telah belajar bahasa Arab setaraf dengan peringkat sijil dari mana-mana institusi yang diiktiraf
-
Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Diploma Pengajian Bahasa Arab
MUSIM PENGAJIAN
Semester 1
Penggal 1
Minggu Pengajian (Januari-Mac) : 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu
Minggu Cuti (Apr): 1 minggu
Penggal 2
Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu
Minggu Cuti (Jun): 1 minggu
Semester 2
Penggal 3
Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu
Minggu Cuti (September): 1 minggu
Penggal 4
Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu
Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu
Minggu Cuti (Disember): 1 minggu
JADUAL PROGRAM PENGAJIAN
Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini
PERINCIAN PROGRAM
Struktur perkuliahan
-
Sesi pengajian virtual dalam talian Zoom selama 2 jam setiap minggu
-
Menyelesaikan tugasan-tugasan menerusi platfom di atas talian
-
Penilaian akhir
Modul Bahasa Arab
-
Ilmu Nahu
-
Ilmu Naḥu 1, 2, 3
-
-
Ilmu Saraf
-
Ilmu Ṣarf 1, 2, 3
-
-
Mutola’ah
-
Muthola’ah 1, 2
-
-
Ilmu Balaghah
-
Ilmu Balāghah 1, 2
-
-
Insha’ al-Kitābah
-
Insha’ al-Kitābah 1, 2
-
-
Pengkajian Bahasa dan Gaya Bahasa
-
Pengkajian Bahasa & Gaya Bahasa al-Qurān dan al-Ḥadīth
-
-
Fiqh al-Lughah
-
Fiqh al-Lughah
-
Modul Pengajian Islam
-
Aqidah
-
Aqīdah Islām
-
-
Tasawwur Islam
-
Tasawwur Islām
-
-
Tamadun Islam
-
Tamadun Islām
-
-
Pengajaran dan Sirah Nabi Muhammad SAW
-
Pengajaran dan Sirah Nabi saw
-
-
‘Ulum al-Qurān
-
‘Ulum al-Qurān
-
-
‘Ulum al-Ḥadīth
-
‘Ulum al-Ḥadīth
-
-
‘Ulum al-Sharī‘ah
-
‘Ulum al-Sharī‘ah
-
Lain-Lain Modul
-
Metodologi Kajian Ilmiah
-
Metodologi Kajian Ilmiah
-
-
Pengenalan Kepada Terjemahan
-
Pengenalan Kepada Terjemahan
-
-
Ilmu al-Ma‘ājim
-
Ilmu al-Ma‘ājim
-
-
Rasm al-Khaṭ
-
Rasm al-Khaṭ
-
-
Tulisan Jawi
-
Tulisan Jawi
-
-
Bahasa Ammiyah Lanjutan
-
Bahasa Ammiyah Lanjutan
-
-
Tazkiyyah al-Nafs
-
Tazkiyyah al-Nafs
-
-
Adab al-‘Ālim wa al-Mut‘allim
-
Adab al-‘Ālim wa al-Mut‘allim
-
SISTEM PENILAIAN
Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal menerusi Learning Management System (LMS). Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil Diploma Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pendaftaran: $62.00
Yuran pengajian: $416.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $69.40 menerusi giro.