Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA)

PENDAHULUAN

Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 2 tahun untuk peserta dewasa. Ianya merangkumi pelbagai ilmu-ilmu asas bahasa Arab. Fokus utama pengajian ialah membangun empat kemahiran bahasa iaitu pertuturan, pendengaran, bacaan dan kefahaman di peringkat yang paling asas. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang tidak pernah mengikuti pengajian bahasa Arab atau telah mengikutinya, tetapi belum berupaya menguasai kemahiran-kemahiran asas bahasa tersebut. Dengan mengikuti pengajian ini ia dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan komunikasi dalam pekerjaan atau ke arah mengusainya untuk tujuan mendalami pengajian Islam.

11a.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia 17 tahun ke atas.

  • Mengenal huruf-huruf Hija’iyyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra’ secara tidak formal atau secara formal di institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam dan agensi swasta

Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1 (Jan – Apr):

Minggu Pengajian : Jan – Apr (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : April (2 minggu)

Minggu Cuti : April (1 minggu)

Semester 2 (Mei – Ogs):

Minggu Pengajian : Mei - Ogs (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Ogos (2 minggu)

Minggu Cuti : Ogos (1 minggu)

Semester 3 (Sep – Dis):

Minggu Pengajian : Sept – Dis (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)

Minggu Cuti : Dis (1 minggu)​

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

PERINCIAN PROGRAM

Senarai Modul - Fasa 1

 - Bahasa Pertuturan 1

 - Bahasa Pertuturan 2

 - Qira'ah wa al-Kitabah (Baca - Tulis)

 - Al-Isti'ab 1 (Kefahaman)

Senarai Modul - Fasa 2

 - Al-Isti'ab 1 (Kefahaman)

 - Bahasa Arab Pertuturan 3

 - Ilmu Sorf 1 (Morfologi) 

 - Ilmu Sorf 2 (Morfologi)

 - Ilmu Nahu 1 (Tatabahasa)

 - Ilmu Nahu 2 (Tatabahasa)

 - Insha' 1 (Karangan)

 - Insha' 2 (Karangan)

 - Bahasa Arab al-Qur'an 1

 - Bahasa Arab al-Qur'an 2

 - Bahasa Arab Hadith 1

 - Bahasa Arab Hadith 2

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Pengajian Bahasa Arab akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $521.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $86.90 menerusi giro

bottom of page