Kursus Fiqh Wanita (KFW)
PENDAHULUAN
​
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai isu-isu Fiqh berkaitan wanita. Kursus selama 16 minggu ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendalami isu-isu Fiqh yang menjadi tumpuan para fuqaha’. Pengajian ini dapat memberi faedah kepada mereka untuk mempraktikkan pengajaran yang disampaikan dengan memperbaiki aktiviti sehari-harian mereka apabila isu-isu fiqh berkenaan berlaku.
WAKTU PENGAJIAN
Hari dan waktu pengajian:
KFW A: Sabtu, 11.15-2.15ptg di Wisma Indah
KFW A: Selasa, 6.30ptg - 9.30mlm di Marsiling
Pengajian separuh masa Al-Zuhri dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri.
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pendaftaran (termasuk GST) : $54
Yuran Bulanan (termasuk GST) : $65 setiap bulan /
Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.
TEMPOH PENGAJIAN
Kursus ini mengambil masa 4 bulan (16 sesi/minggu) untuk tamat.