Kursus Al-Quran & Fardhu Ain (KAFA)
PENDAHULUAN
Program ini menawarkan pengajian asas Al-Qur'an dan solat secara amali bagi pelajar dewasa yang tiada asas pengetahuan mengenai Al-Qur'an dan ibadah harian. Ianya mengambil masa selama 9 bulan dan tiada peperiksaan yang dikenakan untuk menamatkan program ini.

OBJEKTIF
-
Membuka peluang bagi masyarakat Islam dewasa yang berumur 17 tahun ke atas yang belum memiliki asas agama agar dapat mempelajari dan mahir dalam membaca al-Quran serta mengamalkan ibadah harian sebagai identiti utama sebagai seorang Muslim.
-
Menambah bilangan yang celik membaca al-Qur’an dan mengamalkan fardhu ‘ain.
-
Memberikan kemahiran asas untuk mempelajari Islam lebih mendalam.
WAKTU PENGAJIAN
Program ini dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 2 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri.
Hari dan waktu pengajian:
KAFA A: Jumaat, 7.30 - 9.30mlm
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pendaftaran (termasuk GST) : $62
Yuran Bulanan (termasuk GST) : $67.60 setiap bulan
Penggunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.