Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

PENDAHULUAN

Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 2 tahun untuk mempelajari ilmu psikologi dan kaunseling yang berteraskan Islam. Objektif pengajian ini untuk memberikan pengetahuan dasar mengenai hakikat insan menurut cara pandangan alam Islam, juga turut membandingkannya dengan pandangan-pandangan psikologi konvensional tentang insan.

22_edited.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

  • Pernah mengikuti pengajian psikologi dan kaunseling secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain.

Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1 (Jan – Apr):

Minggu Pengajian : Jan – Apr (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : April (2 minggu)

Minggu Cuti : April (1 minggu)

Semester 2 (Mei – Ogs):

Minggu Pengajian : Mei - Ogs (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Ogos (2 minggu)

Minggu Cuti : Ogos (1 minggu)

Semester 3 (Sep – Dis):

Minggu Pengajian : Sept – Dis (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)

Minggu Cuti : Dis (1 minggu)​

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Pengajian secara fizikal dalam bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom.

Berikut adalah perincian modul: - 

SPIKO matapelajaran.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Psikologi Islam & Kaunseling (SPIK) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Psikologi Islam & Kaunseling (DPIK) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $521.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $86.90 menerusi giro

bottom of page