top of page

Sijil Pengajian Ugama (SPU)

PENDAHULUAN

Sijil Pengajian Ugama (SPU) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 2 tahun yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Di samping menawarkan pengajian agama yang teras seperti pengajian al-Quran, al-hadith dan al-Shariah. Sijil Pengajian Ugama juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Tasawwur Islam, Sejarah Tamadun Islam dan Sejarah Pendidikan Islam. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang sudah mengikuti pengajian fardhu ‘ain peringkat asas di pelbagai institusi pengajian Islam.

9a.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

  • Memiliki kemahiran asas membaca al-Qur'an dan fardhu 'ain

Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian dilakukan secara fizikal di bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom

  • Sesi kuliah 2 kali dalam 1 tahun 

Perincian Program: -

Senarai modul spu terkini.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Pengajian Ugama Islam akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Pengajian Ugama (SPU) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam (DPIZ) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $526.80 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $87.80 menerusi giro

bottom of page