top of page

Sijil Pengajian Al-Quran (SPA)

PENDAHULUAN

Sijil Pengajian Al-Qur'an (SPA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 2 tahun untuk memperdalami ilmu-ilmu al-Quran seperti sejarah pembukuan al-Qur'an, sejarah para ulama qira'ah, tajwid dan ilmu fawasil dan dhawabit. Di samping itu, modul-modul pengajian Islam teras juga ditawarkan seperti aqidah, shariah dan hadith. 

10a.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

  • Memiliki kemahiran asas membaca al-Qur'an dan fardhu 'ain

Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN

Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian secara fizikal dalam bilik darjah dan/atau menerusi wadah virtual zoom

  • Sesi kuliah

 

Perincian Program: -

senarai modul spa terkini.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil Pengajian Al-Quran akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (DPQS) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $526.80 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $87.80 menerusi giro

bottom of page