Sijil Pengajian Islam Asas (SPIA)

PENDAHULUAN
Program ini menawarkan jaluran pendidikan bagi memulakan pengajian Islam secara asas untuk peserta dewasa. Program merangkumi pelbagai disiplin seperti pengajian al-Qur'an, Hadis, Aqidah, Syariah, Tasawwur serta Sejarah Islam. Program ini dijalankan secara separuh masa, sekali seminggu untuk tempoh masa 1 tahun dan 6 bulan.
SYARAT PENYERTAAN
-
Berumur 17 tahun ke atas
-
Pengetahuan membaca al-Qur'an dan ilmu Fardhu 'Ain secara asas
SISTEM SEMESTER
Semester 1
Penggal 1
Musim Pengajian: Januari – Mac (12 Minggu)
Musim Cuti: April (1 Minggu)
Penggal 2
Musim Pengajian: April – Jun (12 Minggu)
Musim Cuti: Jun (1 week)
Semester 2
Penggal 3
Musim Pengajian: Julai – September (12 Minggu)
Musim Cuti: September (1 Minggu)
Penggal 4
Musim Pengajian: Oktober – Disember (12 Minggu)
Musim Cuti: Disember (1 Minggu)
JADUAL
Setiap Sabtu: 08.00 pagi - 10.00 pagi (2 Jam)
Tempat: Bangunan Wisma Indah/Kembangan Court, Berdekatan Masjid Kassim dan MRT Kembangan
SISTEM PENGAJIAN
Tempoh masa pengajian adalah 1 tahun dan 6 bulan. Jadual pengajian akan digilir antara pembelajaran fizikal dan virtual dalam tempoh masa 6 minggu untuk menyelesaikan 1 modul.
-
Komponen pembelajaran
-
Kuliah secara bertatap muka dalam bilik darjah
-
Kuliah secara virtual menerusi wadah online
-
Pembelajaran kendiri menerusi wadah Learning Management System (LMS)
-
-
Aktiviti pembelajaran
-
Tugasan di LMS
-
Penglibatan dalam kelas
-
-
Senarai modul
-
Tasawwur Islam
Modul ini menjelaskan asas-asas pandangan alam Islam mengenai ketuhanan, kemanusiaan dan alam serta kaitan di antaranya. Modul menjelaskan beberapa konsep asas serta kata-kata kunci penting berkenaan bagi menerangkan aspek-aspek metafizik Islam.
2. Sejarah & Peradaban Islam I - II
Modul ini menjelaskan kehidupan Rasulullah SAW serta awal pembentukan ketamadunan Islam serta pengenalan kepada peranannya di dalam sejarah dunia.
3. Pengajian al-Qur'an I – II
Modul ini akan memperkenalkan pengajian asas al-Qur'an seperti peranannya sebagai sumber utama di dalam syariah Islam, serta kategori surah-surah dalam al-Qur'an beserta sebab-sebab turunnya.
4. Pengajian Hadis I - II
Modul ini akan memperkenalkan pengajian asas Hadis seperti peranannya sebagai sumber kedua syariah Islam, klasifikasi asas Hadis serta contoh-contoh Hadis Rasulullah SAW.
5. Aqidah Islam I - II
Modul ini mendedahkan metodologi asas di dalam memahami konsep ketuhanan dalam Islam. Juga akan membincangkan rukun-rukun Iman lainnya seperti konsep Qadha' dan Qadar, Hari Akhirat konsep kebaikan dan keburukan serta kebebasan kehendak manusia menurut pandangan alam Islam.
6. Ilmu Syariah I – III
Modul ini mendedahkan matlamat umum syariah Islam. Penjelasan dan huraian tentang hukum Islam berkenaan dengan ibadah dan muamalat.
PENSIJILAN
Tiada peperiksaan akhir bagi program ini. Pelajar akan dinilai berdasarkan kehadiran serta penglibatan di dalam kelas dan menerusi wadah LMS.
Sijil akan diberikan jika perkara-perkara berikut dipenuhi:
-
Menyelesaikan seluruh 12 mata pelajaran dalam tempoh masa 3 tahun
-
80% kehadiran bagi setiap modul
-
Mematuhi semua persyaratan pengajian seperti ditetapkan oleh institusi
-
Melunaskan yuran pengajian
JALUR PENGAJIAN
Pelajar yang telah menyelesaikan seluruh syarat-syarat pengajian di peringkat sijil asas boleh meneruskan ke Pra-Diploma Pengajian Islam atau Sijil Pengajian Al-Qur'an, Sijil Pengajian Bahasa Arab, Sijil Pengajian Psikologi Islam dan Kaunseling.
YURAN PENGAJIAN
Yuran Pendaftaran: $62 (Sekali sahaja)
Yuran Bulanan: $67.60 (Secara bulanan menerusi giro)
Yuran di atas tidak termasuk yuran LMS dan bahan-bahan pengajian lainnya