top of page

Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) - UIKA

PENDAHULUAN

Pasca Sarjana Pengajian Islam kerjasama dengan Sekolah Pasca Sarjana Universitas Ibn Khaldun (SPS – UIKA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat master yang merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Agama Islam. PSPI Zuhri-UIKA bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Sarjana Muda Pengajian Islam atau Diploma Pengajian Islam Lanjutan di Zuhri, Andalus dan Cordova dan lain-lain institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian Islam secara separuh masa ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa yang sesuai dengan konteks tempatan.

2a.jpg
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan setaraf sarjana muda di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Pasca Siswazah Pengajian Islam UIKA

MUSIM PENGAJIAN

Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut:

1. Semester 1, Sept – Feb

2. Semester 2, Mac – Ogos

Dengan susunan modul sebagaimana berikut: 

table01.JPG
table02.JPG
SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut:

PSPI sistem penilaian.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan dengan maklumat dan rincian seperti berikut:

PSPI sijil.png
JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PSPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program Phd di universiti-universiti Indonesia atau Malaysia.

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran: $370

Yuran pengajian: $2880 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $480 menerusi giro

bottom of page