Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) - CASIS
PENDAHULUAN
Pasca Sarjana Pengajian Islam kerjasama dengan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS) – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ditawarkan bagi peringkat Master dan Phd yang merangkumi pengajian dan penyelidikan dalam bidang falsafah, sains dan peradaban Islam. PSPI Zuhri-CASIS bertujuan memberi peluang kepada lulusan sarjana muda dari institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa yang sesuai dengan konteks tempatan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN &
PROSES PENDAFTARAN
Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat sarjana muda atau diploma lanjutan setaraf sarjana muda di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf.
-
Calon perlu emel CV terkini dan nyatakan keinginan untuk teruskan pengajian di CASIS menerusi emel: casis@utm.my
-
Calon perlu menyusuli respon emel casis dengan kertas saranan dalam 3 - 4 muka surat. Kertas saran perlu mengandungi tajuk tesis, pernyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian, tinjauan literatur
-
Calon akan diinterviu oleh pihak CASIS berdasarkan kertas saran yang diberikan
-
Berdasarkan hasil interviu, CASIS akan berikan maklumbalas diterima atau sebaliknya
-
Jika diterima, perlu rujuk www.sps.utm.my untuk melihat tarikh-tarikh pendaftaran di portal utm
-
Calon perlu baca dan ikuti langkah-langkah pendaftaran di “Registration Kit for Postgraduate Student” di web SPS-UTM
-
Kod program MA-CASIS adalah LPGA3AKA, untuk PhD adalah PLPGA3AKA. Kod tersebut dimasukkan dalam borang pada masa membuat pendaftaran.
-
Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini, CV ringkas serta kertas saran kajian 3 - 4 muka surat kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat untuk sertai program Pasca Siswazah Pengajian Islam RZS CASIS - UTM.
MUSIM PENGAJIAN
Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut:
1. Semester 1, Sept – Feb
2. Semester 2, Mac – Ogos
Dengan susunan modul sebagaimana berikut:

SISTEM PENILAIAN
Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut:

PENGANUGERAHAN SIJIL
Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas semua kursus dan penulisan tesis diselesaikan.
JALUR PENGAJIAN
Peserta yang berjaya menamatkan pengajian PSPI berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program PhD di universiti-universiti Indonesia atau Malaysia.
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian dibayar menerusi portal Universiti Teknologi Malaysia mengikut ketetapan dan kadar pelajar asing