Sijil Pengajian Al-Qur'an Online (SPAO)

PENDAHULUAN

Program Sijil Pengajian Al-Qur’an Online (SPAO) adalah pengajian Islam separuh masa peringkat asas dijalankan menerusi wadah online yang merangkumi ilmu-ilmu al-Quran seperti sejarah pembukuan al-Qur'an, sejarah para ulama qira'ah, tajwid dan ilmu fawasil dan dhawabit. Di samping itu, modul-modul pengajian Islam teras juga ditawarkan seperti aqidah, shariah dan hadith.

Program SPAO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar pengajian Al-Qur’an dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.
 

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas. 

  • Untuk sertai SPAO, peserta hanya perlu mempunyai asas fardhu ‘ain dan kemahiran baca al-Qur’an peringkat asas. 

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1:

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)

Semester 2:

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)

Semester 3:

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

Semester 4:

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)

Semester 5:

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)

Semester 6:

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Komponen Pengajian

  • Pengajian atas talian dilakukan secara live-synchronous menerusi platform Microsoft Teams atau Zoom

  • Sesi persidangan "synchronous web conference" selama 4 kali dalam setahun

 

Aktiviti Pembelajaran

  • Tugasan

  • Pembentangan

  • Perbincangan

  • Kuiz

  • Webinar

  • Kajian Kes

 

Perincian Program

SPAO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

PENGANUGERAHAN SIJIL
JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPAO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (DPQS) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.

Waktu Pejabat 

Isnin hingga Ahad : 8 pagi - 5 petang

Waktu rehat : 1 petang - 2 petang

 Syarikat Kerabat : 

Cordova Logo JPG.jpg
LOGO ANDALUS.png

© 2020 Hakcipta Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri

Langgani Kami

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube