top of page

Sijil Pengajian Ugama Online (SPUO)

PENDAHULUAN

Program Sijil Pengajian Ugama Online (SPUO) adalah pengajian Islam separuh masa dijalankan menerusi wadah online bagi peringkat asas yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras agama seperti aqidah, sirah, fiqh, tasawwur Islam, dan sebagainya.

Program SPUO ini diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan pada masa yang ditetapkan.

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui secara menyeluruh dasar-dasar agama dan memahami dengan lebih jelas ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.
 

9a.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 16 tahun ke atas. 

  • Untuk sertai SPUO, peserta hanya perlu mempunyai asas fardhu ‘ain dan kemahiran baca al-Qur’an peringkat asas. 

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Sijil Pengajian Ugama Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 2 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

Perincian Program: -

Senarai modul spu terkini.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

SPUO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPUO berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Islam (DPIZ) dan Diploma Pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah (DPQS).  

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $404.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $67.40 menerusi giro.

bottom of page