Seminar Ulama Kepulauan Melayu-Indonesia
Zahidah Osman
Ustazah Zahidah Osman merupakan pensyarah tetap peringkat diploma di Cordova dan syarikat kerabat, Andalus dan Al-Zuhri. Beliau merupakan graduan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (tahun 1994-2005). Beliau telah melanjutkan pengajian dan akhirnya memperoleh ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam perbandingan Agama (Comparative Religion) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) pada tahun 2010.
Minat beliau terhadap ilmu terutama dakwah, mendorong beliau untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang Dakwah. Beliau kemudian mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya pada tahun 2018 dengan kajiannya bertajuk “Pendekatan Dakwah Bi Al-hikmah dalam majalah The Muslim Reader: Satu Analisis Kandungan”, di mana kajian beliau dalam bidang media dakwah.
Kecenderungan beliau adalah terhadap bidang perbandingan Agama, Aqidah dan Dakwah serta sastera Melayu. Beliau pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar sambilan di beberapa Masjid tempatan untuk beberapa tahun dan telah menjadi tutor Bahasa Arab dan guru Al-Qur’an selama 13 sebelum menjadi pensyarah tetap peringkat diploma. Minat dan semangat beliau pada ilmu dan dunia Pendidikan mendorong beliau untuk terus menabur ilmu di peringkat Diploma disamping menjadi guru Al-Qur’an.
Berikut kelulusan pengajian beliau:
-
Bachelor in Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IRKHS) (Comparative Religion), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 2010.
-
Master’s degree in Islamic Da’wah and Human Development, Universiti Malaya, 2018.