top of page

Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (SPBAL)

PENDAHULUAN

Sijil Pengajian Bahasa Arab (Lanjutan) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa untuk peserta dewasa yang telah tamat Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau yang setaraf dengannya. Ianya merangkumi pelbagai ilmu-ilmu asas bahasa Arab. Fokus utama pengajian ialah membangun empat kemahiran bahasa iaitu pertuturan, pendengaran, bacaan dan kefahaman di peringkat yang paling asas. Pengajian ini sesuai untuk peserta yang telah tamat mengikuti Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau yang setaraf dengannya, tetapi tidak diwajibkan peperiksaan. Dengan mengikuti pengajian ini ia dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan komunikasi dalam pekerjaan atau ke arah mengusainya untuk tujuan mendalami pengajian Islam.

1.jpg

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

  • Mengenal huruf-huruf Hija’iyyah dan pernah belajar mengaji atau mengikuti kursus Iqra’ secara tidak formal atau secara formal di institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam dan agensi swasta.

  • Telah tamat pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab atau yang setaraf dengannya.

  • Pihak pengurusan akan menilai sekiranya diperlukan pelajar untuk mengambil ujian kemasukan bagi yang berkelulusan dari pengajian Bahasa Arab di luar institut Al-Zuhri

Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1 (Jan – Apr):

Minggu Pengajian : Jan – Apr (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : April (2 minggu)

Minggu Cuti : April (1 minggu)

Semester 2 (Mei – Ogs):

Minggu Pengajian : Mei - Ogs (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Ogos (2 minggu)

Minggu Cuti : Ogos (1 minggu)

Semester 3 (Sep – Dis):

Minggu Pengajian : Sept – Dis (14 minggu)

Minggu Peperiksaan : Dis (2 minggu)

Minggu Cuti : Dis (1 minggu)​

JADUAL PROGRAM PENGAJIAN
PERINCIAN PROGRAM
PENGANUGERAHAN SIJIL

Penilaian dijalankan secara berterusan dan diakhir setiap semester. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan peserta dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang peserta dari masa ke semasa supaya peserta dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (SPBAL) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Bahasa Arab (DPBA) di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62 

Yuran pengajian: $521.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $86.90 menerusi giro

bottom of page