Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Seminar Ulama Nusantara

Objektif & Jadual

Pendahuluan 

Seminar ini untuk julung-julung kalinya diselenggarakan secara bersama oleh jabatan  pendidikan Al-Zuhri, Andalus & Cordova. Ia bertujuan untuk mendedahkan para peserta  tentang peranan ulama nusantara dalam dakwah dan pendidikan sempena dengan  pelancaran buku biografi KH Ahmad Zuhri Mutammim. Selain itu, seminar ini juga akan meraikan jasa dan peranan para pendidik serta institusi pengajian tempatan yang telah  berusaha untuk memartabatkan pengajian Islam di peringkat tinggi. Usaha tersebut menerusi  pelbagai wadah termasuk bekerjasama dengan Universitas Ibn Khaldun (UIKA) Bogor bermula  tahun 2013 dan Pusat Pengajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah Universiti  Teknologi Malaysia (RZS CASIS-UTM) di peringkat sarjana dan pasca sarjana bermula tahun  2016 di dalam jalinan kesefahaman yang dipenuhi dengan muhibbah dan semangat ilmiah.  

Seminar dijalankan dengan menyesuaikan format simposium fizikal dan virtual bagi menggantikan 1 modul pengajian diploma. Pembahagian dan peruntukan masa  mengambilkira pembentangan kertas kerja selama 3 jam, diskusi panel 45 minit, sesi tutorial  serta penggulungan oleh pensyarah menerusi wadah webinar untuk tempoh masa 6 jam.  

Aturcara

(Bahagian Pertama)

 (Bahagian Kedua)

 8.15 – 9.00 pagi 

Pendaftaran 

 9.00 – 9.05 pagi 

 Pembukaan oleh pengerusi 

 9.05 – 9.30 pagi 

 Kata-kata aluan & pelancaran buku

 9.30 – 10.30 pagi 

 Pembentang pertama dari Singapura 

 10.30 – 11.00 pagi 

 Rehat - Teabreak 

 11.00 – 12.00 tengahari 

 Pembentang kedua dari Malaysia 

 12.00 – 1.00 tenghari 

 Pembentang kedua dari Indonesia 

 1.00 – 1.10 tenghari 

 Rehat (10 min sahaja) 

1.10 – 1.55 tenghari 

Forum 

1.55 – 2.00 petang 

Penutup 

LOGO ANDALUS_edited.png
logo zuhri_edited_edited.jpg
Cordova Logo JPG.jpg
bottom of page