
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
معــهد الزهــــري العــــالـي
Berilmu, Beradab, Bertakwa
FAQ
Seminar Memartabatkan Jawi, Warisan Melayu Islam
Soalan Lazim
Pertemuan dengan beberapa pensyarah yang mengemukakan ceramah singkat tentang topik tertentu atau tentang beberapa aspek dari topik yang sama.
Tajuk Seminar bagi sesi November 2025 ialah: “Memartabatkan Jawi, Warisan Melayu
Islam”. Rujuk pautan berikut untuk aturcara majlis: www.zuhri.com.sg/objektif
Seminar secara fizikal ini akan diadakan pada 16 November 2025. Manakala seminar secara virtual (webinar) akan dimaklumkan secara berasingan menerusi kumpulan WhatsApp pelajar.
Matlamat umum seminar ini ialah untuk menggalakkan budaya ilmu, berbahas dan berbincang khususnya mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih terbuka bersama para pensyarah di dalam bidang pengkhususan tertentu. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan saling bertukar fikiran dikalangan pelajar Diploma dari pelbagai latar belakang dalam suasana ilmu. Juga boleh rujuk pautan www.zuhri.com.sg/objektif berkenaan matlamat seminar.
Seminar ini diadakan untuk pelajar Diploma Andalus, al-Zuhri dan Cordova.
I. Untuk seminar, anda hanya memerlukan komputer, telefon bijak, Ipad dan sebagainya (iOs/android).
II. Lungsuri ke laman web: https://zoom.us/ atau muat turun aplikasi "Zoom".
III. Nombor kod dan link zoom akan diberikan sehari sebelum pengajian bermula.
IV. Cara untuk akses ke kelas pengajian seminar juga boleh
didapati pada link ini: www.zuhri.com.sg/seminarjawi
Tiada kelas Diploma yang akan dijalankan di cawangan sepanjang tempoh masa 3
November - 4 Disember 2025.
Ya, Keseluruhan sesi seminar ini akan dikira sebagai 1 modul atau 3 jam kredit dari pengajian Diploma. Pelajar yang menghadiri seminar dan berjaya dalam ujian akan mendapatkan 3 kredit untuk pengajian Diploma.
Pelajar Diploma diwajibkan menyertai seminar ini bagi melayakkan mereka menduduki ujian dan mendapat 3 jam kredit bagi modul elektif untuk pengajian mereka. Pengesahan bagi kehadiran boleh dilakukan pada pautan berikut: www.zuhri.com.sg/seminarjawi dan tekan butang RSVP
Anda perlu maklumkan jabatan jika tidak dapat ikuti dan menyertai seminar ini. Rakaman seminar akan diberikan. Pelajar harus lihat semula rakaman-rakaman seminar bagi persiapan peperiksaan.
Jika anda ingin keterangan lanjut mengenai seminar, sila layari www.zuhri.com.sg/seminarzuhri
Anda juga boleh menghubungi cawangan mengikut waktu pejabat untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan.
