top of page
FAQ
Seminar Ulama Kepulauan Melayu-Indonesia
-
1- Apakah yang dimaksudkan dengan seminar?Pertemuan dengan beberapa pensyarah yang mengemukakan ceramah singkat tentang topik tertentu atau tentang beberapa aspek dari topik yang sama.
-
2- Apakah tajuk pembentangan dan aturcara seminar ?Tajuk Seminar bagi sesi November 2023 ialah: “Peranan Ulama Nusantara dalam Pendidikan & Dakwah”. Rujuk pautan berikut untuk aturcara majlis: www.zuhri.com.sg/objektif
-
3- Bilakah seminar ini akan diadakan dan di mana?Seminar secara fizikal ini akan diadakan pada 4 November 2023. Manakala seminar secara virtual (webinar) akan dimaklumkan secara berasingan menerusi kumpulan WhatsApp pelajar.
-
4- Apakah matlamat seminar ini diadakan?Matlamat umum seminar ini ialah untuk menggalakkan budaya ilmu, berbahas dan berbincang khususnya mengenai isu-isu semasa dalam suasana yang lebih terbuka bersama para pensyarah di dalam bidang pengkhususan tertentu. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan interaksi dan saling bertukar fikiran dikalangan pelajar Diploma dari pelbagai latar belakang dalam suasana ilmu. Juga boleh rujuk pautan www.zuhri.com.sg/objektif berkenaan matlamat seminar.
-
5- Untuk siapakah seminar ini diadakan?Seminar ini diadakan untuk pelajar Diploma Andalus, al-Zuhri dan Cordova.
-
6- Apakah peralatan dan laman web juga cara untuk akses ke pengajian seminar?I. Untuk seminar, anda hanya memerlukan komputer, telefon bijak, Ipad dan sebagainya (iOs/android). II. Lungsuri ke laman web: https://zoom.us/ atau muat turun aplikasi "Zoom". III. Nombor kod dan link zoom akan diberikan sehari sebelum pengajian bermula. IV. Cara untuk akses ke kelas pengajian seminar juga boleh didapati pada link ini: www.zuhri.com.sg/seminarulamanusantara
-
7- Adakah kelas di cawangan akan diadakan pada masa yang sama?Tiada kelas Diploma yang akan dijalankan di cawangan sepanjang tempoh masa 1 – 30 Nov 2023.
-
8- Adakah seminar ini menggantikan modul di cawangan dan adakah ianya dikira sebagai kredit untuk pengajian Diploma?Ya, Keseluruhan sesi seminar ini akan dikira sebagai 1 modul atau 3 jam kredit dari pengajian Diploma. Pelajar yang menghadiri seminar dan berjaya dalam ujian akan mendapatkan 3 kredit untuk pengajian Diploma.
-
9- Adakah pelajar Diploma diwajibkan menyertai seminar ini?Pelajar Diploma diwajibkan menyertai seminar ini bagi melayakkan mereka menduduki ujian dan mendapat 3 jam kredit bagi modul elektif untuk pengajian mereka. Pengesahan bagi kehadiran boleh dilakukan pada pautan berikut: www.zuhri.com.sg/seminarulamanusantara dan tekan butang RSVP
-
10- Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak dapat menyertai ke seminar ini?Anda perlu maklumkan jabatan jika tidak dapat ikuti dan menyertai seminar ini. Rakaman seminar akan diberikan. Pelajar harus lihat semula rakaman-rakaman seminar bagi persiapan peperiksaan.
-
11- Di manakah saya boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai seminar ini?Jika anda ingin keterangan lanjut mengenai seminar, sila layari www.zuhri.com.sg/seminarulamanusantara Anda juga boleh menghubungi cawangan mengikut waktu pejabat untuk mendapatkan maklumat yang diinginkan.
-
1- Adakah pelajar perlu menduduki peperiksaan seperti modul-modul yang dijalankan di cawangan?Ya, para pelajar perlu mengambil ujian bagi modul “SEMINAR"
-
2- Bila dan di manakah peperiksaan modul ini diadakan?Peperiksaan akan diadakan secara dalam talian pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut hari dan waktu pengajian.
-
3- Bagaimanakah cara penilaian dan pemarkahan untuk modul seminar ini?Penilaian dan pemarkahan untuk modul ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kehadiran sebanyak 30% dan peperiksaan (open book) sebanyak 70%
-
4- Bagaimanakah format peperiksaan seminar ini?Penilaian melalui tugasan dalam talian akan diberikan pada tarikh yang telah ditetapkan. Jenis soalan: Bahagian A: Soalan aneka pilihan 30 markah Bahagian B: Soalan betul/salah 30 markah Bahagian C: Soalan terbuka 10 markah
-
5- Apakah bahan bacaan yang perlu saya baca untuk peperiksaan?Nota akan diberikan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi pengajian menerusi www.zuhri.com.sg/seminarulamanusantara Soalan peperiksaan berkait rapat dengan kandungan pembentangan seminar.
bottom of page