

![]() | ![]() | ![]() |
|---|
Encik Muhammad Syukri bin Rosli
Muhammad Syukri bin Rosli ialah seorang tokoh penting dalam bidang keilmuan dan pemulihan Bahasa Jawi di Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Akademi Jawi Malaysia sebuah institusi yang berfokus kepada pengkajian, pengajaran, dan pemulihan tradisi keilmuan Bahasa Jawi.
Berikut adalah latar belakang beliau:
Latar Belakang Pendidikan
-
Sarjana Falsafah (M. Phil), Tesis: Gerak Daya Pengislaman Bahasa Melayu: Tinjauan Kitab Pengetahuan Bahasa Raja Ali Haji (m. 1873M). Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS- CASIS), Universiti Teknologi Malaysia
-
Sarjana Muda Petroleum Geosains (BSc.), University of Adelaide, Australia
Latar Belakang Profesional
-
Pengarah projek perumian, suntingan, penerbitan dan pengarkiban digital 228 edisi Majalah Qalam (terbitan bulanan Jawi di Singapura 1951-1969) bersama Center for Integrated Area Studies,Kyoto University, Jepun. (www.majalahqalam.kyoto.jp), 2011-2016.
-
Pengarah projek perumian bagi 40 judul manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia di bawah dana Geran Industri Kreatif, 2013-2014
-
Pembentang utama Bengkel Kemahiran Bahasa Jawi untuk Kerjaya Penerbitan dan Kebudayaan dengan kerjasama Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), 2022.
-
Menjadi tenaga pengajar berkaitan bidang-bidang utama dalam Bahasa Jawi melalui pengajian dan pembentangan sama ada di institusi pendidikan akademik dan pondokdi dalam dan luar negara.
Penerbitan ‘Ilmiyyah:
-
Ramli, Mohd Hilmi, and Muhammad Syukri Rosli. 2022. “Ta‘rifāt Jāwī Oleh Tuan Guru Haji Ibrahim Haji Jusoh (m. 1980): Satu Kajian Perkamusan Istilah Saintifik Di Alam Melayu: Ta‘rifāt Jāwī by Tuan Guru Haji Ibrahim Haji Jusoh (d. 1980): An Analysis on the Lexicon of Scientific Terms in the Malay World”. Afkar: Jurnal Akidah & Pemikiran Islam 24 (2):35-98. https://doi.org/10.22452/afkar.vol24no2.2.
Buku:
1. Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu, ‘Abdu’Llah Abdu’r-Rahman (2017)
2. Kitab ‘Ilmu Bahasa Jawi: Lidah Melayu, Ahmad Ya‘qub al-Johori (2021)
3. Pecontoh Penanggaman Perbahasaan Jawi (2021)
4. Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi (2022)
5. Hamzah dalam Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi (2023)



