Web Analytics Made Easy - Statcounter
top of page

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) - UIKA

PENDAHULUAN

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI), program kerjasama antara Al-Zuhri dan Fakultas Agama Islam - Universitas Ibn Khaldun (UIKA), ditawarkan sebagai pengajian separuh masa selama 4 tahun dalam bidang Pendidikan Agama Islam. Program ini memberi peluang kepada lulusan diploma institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Direka khusus untuk memenuhi keperluan semasa dan konteks tempatan, SMPI bertujuan memperkukuh pemahaman Islam secara mendalam sambil menyokong komitmen kerjaya dan keluarga pelajar.

KONVOKESYEN & Penyampaian Sijil Kali Ke-10_063.jpg

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan pengajian Islam secara formal peringkat diploma di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Sarjana Muda Pengajian Islam

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
MUSIM PENGAJIAN

Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut:

  • Semester 1: Januari – Jun

  • Semester 2: Julai – Disember

Setiap modul merangkumi 4 minggu pengajian dengan perincian seperti berikut: 

  • Jumaat: 6.30 petang - 9.30 malam (3 jam)

  • Sabtu: 3.00 petang - 9.00 malam (6 jam)

  • Minggu 1 dan 2: Jumaat & Sabtu (9 jam)

  • Minggu 3 dan 4: Sabtu (6 jam)

Dengan susunan modul sebagaimana berikut: 

Semester 1 (Oktober – Mac)

  • Tasawur Islam

  • Bahasa Arab 1

  • Ulum al-Qur'an & al-Hadith

  • Pengenalan Fiqh & Ushul Fiqh

  • Teknologi Maklumat & Multimedia

  • Pendidikan Nasional & Silang Budaya

Semester 2 (April – September)

  • Sejarah Peradaban Islam

  • Tafsir & Hadith Tarbawi

  • Fiqh Ibadah dan Muamalah

  • Bahasa Arab 2

  • Pengenalan Psikologi Islam

  • Pembelajaran Ibn Khaldun
     

Semester 3 (Oktober – Mac)

  • Ilmu & Sejarah Pendidikan Islam

  • Fiqh Munakahat dan Mawaris

  • Bahasa Arab 3

  • Ilmu Akhlak Tasawuf

  • Psikologi Perkembangan

  • Komunikasi & Multimedia Pembelajaran
     

Semester 4 (April – September)

  • Falsafah Pendidikan Islam

  • Statistik Pendidikan

  • Fiqh Jinayah dan Siyasah

  • Pengembangan Kurikulum PAI

  • Urustadbir PAI

  • Psikologi Belajar & Keibubapaan Islam
     

Semester 5 (Oktober – Mac)

  • Perancangan & Strategi Pembelajaran PAI

  • Sistem Pembelajaran PAI

  • Metod Penelitian Kuantitatif & Kualitatif

  • Pengembangan Evaluasi PAI

  • Keusahawanan Pendidikan
     

Semester 6 (April – September)

  • Pengembangan Profesi Guru

  • Penelitian Tindakan Kelas & R&D

  • Penulisan Akademik

  • Pengajaran Mikro
     

Semester 7 & 8

  • Ujian Komprehensif

  • Tugas Akhir (Penulisan & Sidang Skripsi)

  • Praktikum Mengajar

  • Kerja & Khidmat Kemasyarakatan

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut:

  1. Perkuliahan 33 modul pengajian

  2. Perkuliahan modul pilihan di kampus UIKA Bogor

  3. Tugas dan projek akhir perkuliahan

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan dan penulisan skripsi diselesaikan

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program master di program Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) kerjasama Zuhri dan UIKA dan universiti-universiti lain di Indonesia atau Malaysia

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $239

Yuran pengajian: Bayaran secara bulanan sebanyak $309 menerusi giro

bottom of page