
Objektif & Jadual
Seminar Memartabatkan Jawi, Warisan Melayu Islam
Objektif Utama Seminar Memartabatkan Jawi
Matlamat utama seminar ini adalah untuk memperkasakan kedudukan tulisan Jawi, Warisan Melayu Islam, dengan meneliti peranan kritikalnya merentasi sejarah dan konteks kontemporari.
1. Memperkukuh Kepentingan Sejarah dan Identiti
Seminar ini bertujuan untuk menjelaskan peranan Jawi dalam pembinaan identiti dan tamadun Melayu-Islam serta memastikan kelestariannya sebagai warisan bangsa yang tidak boleh dipinggirkan. Skop perbincangan akan merangkumi analisa mendalam mengenai kepentingan Jawi dalam sejarah Singapura dan menelusuri kronologi Jawi dari pusat-pusat keilmuan Nusantara dan global.
2. Mengangkat Nilai Intelektual dan Wacana
Objektif utama yang kedua adalah untuk menonjolkan Jawi sebagai medium wacana intelektual yang berkaliber dan bukan sekadar warisan sastera. Sesi akan meneliti Jawi dari sudut penggunaan dan pengaruhnya dalam konteks peradaban dunia, termasuk peranan Jawi sebagai jambatan solidariti intelektual dan sebagai alat penting dalam kesedaran politik anti-penjajahan.
3. Merancang Strategi Pelestarian dan Masa Hadapan
Seminar ini bermatlamat untuk mencetuskan inisiatif kontemporari dan merancang strategi praktikal untuk membumikan semula Jawi dalam kehidupan masyarakat moden. Perbincangan akan tertumpu pada usaha dan inisiatif terkini di Singapura, meneliti peranan penglibatan komuniti, peranan generasi muda, dan strategi untuk mengintegrasikan Jawi dalam konteks produk dan media.
Aturcara
(Bahagian Pertama)
(Bahagian Kedua)
8.15 – 9.00 pagi
Pendaftaran
9.00 – 9.05 pagi
Pembukaan oleh pengerusi
9.05 - 9.15 pagi
Kata-kata Pembukaan oleh Pengarah Eksekutif Ustaz Fathurrahman Dawoed
9.15 - 10.05 pagi
Pembentang: Dr. Hirman Mohamed Khamis
"Kepentingan Tulisan Jawi dalam Sejarah Singapura"
10.05 - 10.55 pagi
Pembentang: Ustaz Dr. Mohamed Qusairy Thaha
"Jawi Sebagai Medium Wacana Intelektual di Nusantara"
10:55 - 11:25 pagi
Rehat - Tea break
11:25 - 12:15
tengah hari
Pembentang: Encik Syafiq Mardi
"Jawi dan Hubungan Intelektual Turki-Melayu dalam Sejarah"
12:15 - 1:15 petang
Forum Diskusi
1:15 - 1:35 petang
Ucapan oleh GOH Encik Zhulkarnain Abdul Rahim
1:35 petang
Penutup & Bersurai
1.35 petang
Penutup & Bersurai

