top of page

Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) - UIKA

PENDAHULUAN

Sarjana Muda Pengajian Islam kerjasama dengan Fakultas Agama Islam - Universitas Ibn Khaldun (FAI – UIKA) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat sarjana muda yang merangkumi pengajian dalam bidang Pendidikan Agama Islam. SMPI Zuhri-UIKA bertujuan memberi peluang kepada lulusan program diploma pengajian Islam di Al-Zuhri, Andalus dan Cordova dan lain-lain institusi yang diiktiraf untuk melanjutkan pengajian Islam secara separuh masa ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa yang sesuai dengan konteks tempatan.

KONVOKESYEN & Penyampaian Sijil Kali Ke-10_063.jpg

  • Berusia tidak kurang dari 17 tahun

  • Telah menamatkan pengajian Islam secara formal peringkat diploma di Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pendidikan yang diiktiraf

  • Sila emelkan sijil dan transkrip pengajian terkini kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat berkenaan kelayakan untuk sertai program Sarjana Muda Pengajian Islam

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
MUSIM PENGAJIAN

Musim pengajian menempuh sistem semester sebagaimana berikut:

  • Semester 1, Januari – Jun

  • Semester 2, Julai – Disember

Dengan susunan modul sebagaimana berikut: 

modul SMPI UIKA.png

CATATAN: 3 modul pilihan dalam senarai akan ditawarkan di kampus Universitas Ibn Khaldun (UIKA) Bogor. Pengajian diselenggarakan sekali dalam setahun untuk jangka masa 3 tahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Al-Zuhri dan Fakulti Pendidikan Islam UIKA. Kos perjalanan akan ditanggung oleh pelajar.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian dijalankan merangkumi komponen-komponen pengajian seperti berikut:

1. Perkuliahan 39 - 45 modul

2. Hafalan surah-surah al-Qur'an

2. Praktikum mengajar

3. Khidmat masyarakat

4. Ujian komprehensif

5. Sidang skripsi

PENGANUGERAHAN SIJIL

Sijil dianugerahkan berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan dan penulisan skripsi diselesaikan

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program master di program Pasca Siswazah Pengajian Islam (PSPI) kerjasama Zuhri dan UIKA dan universiti-universiti lain di Indonesia atau Malaysia

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $239

Yuran pengajian: $1854 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $309 menerusi giro

bottom of page