top of page

Diploma Pengajian Islam Zuhri Online (DPIZO)

PENDAHULUAN

Program Diploma Pengajian Islam Zuhri Online (DPIZO) adalah pengajian Islam separuh masa yang dijalankan menerusi wadah online bagi peringkat diploma yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu-ilmu teras agama.

Program DPIZO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

Dengan mengikuti program ini, mereka dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.
 

6_edited.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  • Program ini dibuka kepada semua yang berusia 17 tahun ke atas. 

  • Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam di peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

  • Sila emelkan sijil dan transkrip kepada info@zuhri.com.sg untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut berkenaan kelayakan calon peserta untuk sertai program Diploma Pengaian Islam Zuhri Online.

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1:

 

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2 :

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

Diploma Pengajian Islam Zuhri Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun. 

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Jadual kelas yang ditawarkan boleh didapatkan dengan menekan butang "Daftar Secara Online" di akhir lelaman ini

Perincian Program

Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:

a. Senarai Modul Wajib :

DPIZO matapelajaran WAJIB.png

b. Senarai Modul Elektif :

DPIZO matapelajaran ELEKTIF.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

DPIZO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Pengajian Islam Zuhri Online (DPIZO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIZL) dan Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran: $62.00

Yuran pengajian: $416.40 setiap semester yang dibayar secara bulanan sebanyak $69.40 menerusi giro.

bottom of page