Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online (DPIKO)

PENDAHULUAN

Program Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling  secara online (DPIKO) merupakan lanjutan bagi Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling Online (SPIKO) untuk mempelajari aspek terpenting tentang Insan menurut cara pandangan alam Islam. Program ini merangkumi teori-teori utama tentang insan, serta bagaimana membawanya kepada praktik yang dapat membantu seseorang individu lebih mengenali dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.

 

Program DPIKO diadakan bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ikuti pengajian secara fizikal di cawangan.

 

Dengan mengikuti program ini, peserta dapat mengetahui dan memahami secara mendalam tentang ajaran-ajaran agama Islam agar dapat mengamalkannya sebaik mungkin dalam kehidupan harian.

7a.jpg

SYARAT-SYARAT PENGAJIAN

  1. Berusia tidak kurang dari 16 tahun

  2. Telah lulus dan mendapatkan sijil dari salah satu pengajian di bawah:

    • Sijil Psikologi Islam dan Kaunseling (SPIK)

    • Mempunyai latarbelakang pengajian Psikologi dan Kaunseling di institusi lain

MUSIM PENGAJIAN

Semester 1:

 

Penggal 1

Minggu Pengajian (Januari-Mac): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Mac): 2 minggu

Minggu Cuti (Apr): 1 minggu

 

Penggal 2

Minggu Pengajian (April-Jun): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Jun): 2 minggu

Minggu Cuti (Jun): 1 minggu

 

Semester 2 :

Penggal 3

Minggu Pengajian (Julai-September): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (September): 2 minggu

Minggu Cuti (September): 1 minggu

 

Penggal 4

Minggu Pengajian (Oktober-Disember): 13 minggu

Minggu Peperiksaan (Disember): 2 minggu

Minggu Cuti (Disember): 1 minggu

SISTEM & SILIBUS PENGAJIAN

​Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 10 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat penggal pertama.  Program ini dijalankan secara bermodul selama 4 tahun.

  • Pengajian secara atas talian (asynchronous) .

  • Sesi kuliah (dalam kelas - synchronous) selama 2 jam setiap sesi.

  • Sesi persidangan web “web conference” (synchronous). 

 

Aktiviti Pembelajaran & Penilaian

  • Tugasan (Open-Ended)

  • Kuiz

  • Forum

  • Webinar

  • Kajian Kes

  • Perbincangan

Jadual Sesi Perkuliahan

  • Hari: Sabtu

  • Masa: 2.30 - 4.30 petang

Perincian Program

Matapelajar pengajian dikategorikan kepada modul wajib dan modul elektif sebagaimana berikut:

DPIKO matapelajaran.png
PENGANUGERAHAN SIJIL

DPIKO akan dianugerahkan sijil dengan peringkat-peringkat kelayakan yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul setelah keseluruhan modul diselesaikan.

JALUR PENGAJIAN

Peserta yang berjaya menamatkan pengajian Diploma Psikologi Islam dan Kaunseling Online (DPIKO) berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa di peringkat diploma lanjutan atau sarjana muda seperti program Diploma Pengajian Islam Lanjutan (DPIZL) dan Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI). 

YURAN PENGAJIAN

Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $68.00 sebulan (dibayar melalui giro).

Yuran tidak termasuk buku dan nota tambahan.