AL-ZUHRI

Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan Al-Quran (SPBALQ)

Sinopsisprospektus



     Pengajian separuh masa selama 1 tahun (3 semester) ini sesuai untuk peserta yang berminat untuk belajar bahasa Arab melalui ayat-ayat al-Quran. Kursus ini akan memberi penekanan kepada pelajar dengan pasti, tentang hikmah di sebalik pemilihan bahasa Arab dari bahasa-bahasa yang lain untuk digunakan di dalam al-Quran. Dengan mengikuti pengajian ini ia dapat membantu peserta ke arah menguasai bahasa tersebut untuk tujuan memahami bacaan-bacaan al-Quran bagi surah-surah tertentu.


 

 

Syarat-syarat kemasukan


 

Peserta yang ingin mengikuti pengajian ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

 

  1. 1.Berusia tidak kurang daripada 16 tahun
  2. 2.Telah tamat pengajian Sijil Pengajian Bahasa Arab (SPBA) atau Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan (SPBAL) atau yang setaraf dengannya.

 

 

Pengajian Secara Odit


 

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) tanpa perlu menduduki peperiksaan.

 

 

Waktu Pengajian


 

 Pengajian separuh masa Al-Zuhri dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian adalah selama 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa. Untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri atau lungsuri ke bahagian kalender akademik bagi pengajian yang diingini.



Prosedur Kemasukan


 

Peserta yang berminat untuk memasuki program Sijil Pengajian Bahasa Arab Lanjutan Al-Quran (SPBALQ) perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut bersama permohonan anda:

 

  1. Salinan sijil-sijil dan transkrip-transkrip akademik yang menunjukkan keputusan peperiksaan.
  2. Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika calon pernah mengikuti program di institusi yang diiktiraf atau madrasah)

 

 

 

Yuran


 

Yuran Pendaftaran

Sijil

: $54.00

Odit

: $54.00

Yuran Bulanan

Sijil

: $324 setiap semester (4 bulan) /

  $81 setiap bulan

Odit

: $81 setiap modul (1 bulan)

 

Pengunaan GIRO bagi semua pengajian adalah wajib.

 

 

Tempoh Pengajian


 

Pengajian mengambil masa 3 semester (atau 1 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan.

 

Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 16 minggu pengajian dan peperiksaan  beserta 1 minggu cuti.

 

Pelajar akan mengambil 1 komponen yang mempunyai pelbagai pilihan surah untuk setiap semester.

 

Semester

Minggu Pengajian

Cuti

1

Feb - Mei (16 minggu)

Fasa I

Mei (1 minggu)

2

Jun - Sep (16 minggu)

Fasa II

Sep (1 minggu)

3

Okt - Jan (16 minggu)

Fasa III

Jan (1 minggu)

 

 

 Pensyarah


 

Pensyarah Al-Zuhri mempunyai kelulusan dalam bidang dan pengkhususan yang bersesuaian di samping mempunyai pengiktirafan ARS sebagai salah satu kriteria pemilihan. Kualiti dan komitmen tenaga pengajar diberikan keutamaan untuk memastikan bahawa program pengajian dilaksanakan secara terbaik dan para pelajar mendapat manfaat secara optimum. Keutamaan tenaga pengajar diberikan kepada rakyat negara ini walaupun terdapat peluang untuk pensyarah warga asing.


More in this category: « Sijil Kaligrafi Arab