AL-ZUHRI

Sijil Pengajian Al-Quran (SPA)

 

PENDAHULUAN


Memperdalami ilmu al-Quran merupakan salah satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh umat Islam lantas ianya dipelajari secara kerap di masjid-masjid atau di institusi-institusi Islam. Fenomena ini berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan juga ulama’-ulama’ yang silam. Justeru itu, Institut Pengajian Tinggi Al- Zuhri telah mengorak langkah untuk menawarkan Sijil Pengajian al-Qur’an sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos menengah. Tujuan utamanya ialah agar umat Islam dapat mengenali al-Qur’an serta dapat merealisasikan ajarannya dalam kehidupan seharian mereka.

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


Calon yang ingin melanjutkan pengajian ke Sijil Pengajian Al-Quran perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

• Berusia tidak kurang daripada 16 tahun.

• Pernah mengikuti pengajian Islam secara formal di pelbagai institusi pengajian seperti masjid, persatuan Islam, agensi swasta dan lain-lain.

• Berupaya membaca Al-Quran dengan baik.


Pengajian Secara Odit

Peserta odit berpeluang mengikuti pengajian secara berkala (part time) mengikut modul-modul yang diminati. Mereka akan diberikan sijil penyertaan dan tidak perlu menduduki peperiksaan.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Pengajian mengambil masa 6 semester (atau 2 tahun) untuk tamat dan setiap semester mengambil masa 4 bulan. Setiap semester mengambil masa 17 minggu, yang mencakupi 14 minggu pengajian, 2 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti. Pelajar akan mengambil 2 modul untuk setiap semester.


Semester 1 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 2 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 3 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)


Semester 4 :

Minggu Pengajian : Feb – Mei (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Mei (2 minggu)

Minggu Cuti : Mei (1 minggu)


Semester 5 :

Minggu Pengajian : Jun – Sep (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Sep (2 minggu)

Minggu Cuti : Sep (1 minggu)


Semester 6 :

Minggu Pengajian : Okt – Jan (7 minggu)

Minggu Peperiksaan : Jan (2 minggu)

Minggu Cuti : Jan (1 minggu)

 

 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Pengajian Al-Quran akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Purata Timbunan Mata Nilaian Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.

 

 

JALUR SPA


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian SPA berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Diploma Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah (DPQS) atau Diploma Pengajian Islam (DPIZ) di Institut Pengajian Al-Zuhri.

 

 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $86.00 sebulan (dibayar melalui giro).

 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.