AL-ZUHRI

Kursus Hadith 40 Imam Nawawi (KHIN)

Waktu Pengajianperincian kursus


 

Hari dan waktu pengajian:

KHIN A: Sabtu, 11.15-2.15ptg.

 

Pengajian separuh masa Al-Zuhri  dijalankan sekali dalam seminggu, setiap sesi pengajian mengandungi 3 jam. Jadual pengajian separuh masa Al-Zuhri bertukar dari masa ke semasa, untuk mengetahui perincian jadual lebih lanjut, harap hubungi pejabat pendidikan Al-Zuhri


 

Pengenalan


 

− Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai 40 Hadith Imam Nawawi.

− Kursus selama 20 minggu ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendalami hadith 40 yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Matan Arba'in di mana hadith-hadith tersebut membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam.

 


Objektif


− Pada akhir program ini, peserta mengenal biografi ringkas Imam An-Nawawi.

− Peserta juga memahami dengan baik isi-isi penting serta pengajaran di sebalik hadith-hadith baginda s.a.w.

− Pada akhir sesi program ini juga, peserta dapat mempraktikkan sunnah-sunnah Nabi yang telah dipelajari.


 

Perincian Modul

 


 

Minggu

1

Topik

Biografi Ringkas Imam An-Nawawi

- Nama dan nasabnya

- Kelahiran dan Wafatnya

- Akhlak dan Sifatnya

- Kitab-kitab susunannya

2

Pengenalan tentang Ilmu Hadith Bab Riwayah & Dirayah

Bab Riwayah:

- Cara periwayatan hadith,

- Penulisan serta pembukuan hadith,

- Cara penyampaian Rasulullah s.a.w.

Bab Dirayah:

- Sanad dan matan,

- cara-cara menerima dan menyampaikan hadith,

- Sifat-sifat rawi

3

Syarah Hadith 1 – 3

Hadith 1: Syarat kesahihan amal dengan niat

Hadith 2: Iman, Islam dan Ihsan

Hadith 3: Rukun Islam

4

Syarah Hadith 4 – 6

Hadith 4: Kejadian ciptaan manusia dan qadha dan qadar

Hadith 5: Kesempurnaan Islam

Hadith 6: Keterangan halal dan haram

5

Syarah Hadith 7 – 8

Hadith 7: Islam adalah agama nasihat

Hadith 8: Tugas Nabi s.a.w menyampaikan risalah Islam

6

Syarah Hadith 9 – 10

Hadith 9: Kewajipan menjauhi larangan dan melaksanakan kewajipan agama

Hadith 10: Allah hanya menerima amalan yang baik, suci, dan bersih

7

Syarah Hadith 11 – 12

Hadith 11: Galakkan menjauhi amalan yang shubhah dan menyangsikan

Hadith 12: Galakkan agar seorang Muslim meninggalkan sesuatu yang bukan urusannya

8

Syarah Hadith 13 – 14

Hadith 13: Kewajipan seorang Muslim supaya mengasihi saudaranya

Hadith 14: Diri manusia dalam Islam adalah terpelihara

9

 

Syarah Hadith 15 – 16

Hadith 15: Kewajipan berkata baik dan kewajipan memuliakan jiran dan tetamu

Hadith 16: Sifat Sabar dan menahan marah

10

Syarah Hadith 17 – 18

Hadith 17: Kewajipan sifat ihsan terhadap haiwan

Hadith 18: Menjaga sifat taqwa melakukan kebajikan dan bersikap baik terhadap manusia

11

Syarah Hadith 19 – 20

Hadith 19: Kewajipan memelihara suruhan dan larangan Allah, dan memohon darinya

Hadith 20: Kewajipan bersikap malu bagi mencegah perbuatan keji dan maksiat

12

Syarah Hadith 21 – 22

Hadith 21: Istiqamah berpegang pada ajaran Islam membawa kepada kebahagiaan

Hadith 22: Menunaikan kewajipan, menjaga halal dan haram dapat menjamin syurga

13

Syarah Hadith 23 – 24

Hadith 23: Galakkan melakukan amal soleh seperti bersuci, berzikir, solat dan bersedekah

Hadith 24: Pengharaman sifat zalim dan anjuran segera bertaubat

14

Syarah Hadith 25 – 27

Hadith 25: Keluasan pintu untuk melakukan amal soleh dan kebajikan

Hadith 26: Anjuran melakukan ‘Émal baik yang mengeratkan persaudaraan

Hadith 27: Perbezaan antara amal baik dan buruk

15

Syarah Hadith 28 – 29

Hadith 28: Kewajipan mentaati pemimpin dan berpegang pada ajaran Rasulullah s.a.w.

Hadith 29: Amalan yang mendekatkan pada syurga dan menjauhkan dari Neraka

16

Syarah Hadith 30 – 31

Hadith 30: Peringatan melaksanakan kewajipan dan menjauhi larangan

Hadith 31: Amalan yang mendatangkan kasih sayang Allah dan manusia

17

Syarah Hadith 32 – 34

Hadith 32: Larangan melakukan keburukan terhadap orang lain atau diri sendiri

Hadith 33: Dakwaan perlu diiringi dengan bukti

Hadith 34: Kewajipan mencegah kemungkaran dan kejahatan

18

Syarah Hadith 35 – 37

Hadith 35: Anjuran menjaga persaudaraan dan menjauhi suatu yang boleh meretakkannya

Hadith 36: Fadhilat menghulurkan bantuan dan menuntut ilmu

Hadith 37: Belas dan ihsan Allah terhadap manusia

19

Syarah Hadith 38 – 40

Hadith 38: Wilayah Allah terhadap hamba-hambanya yang soleh

Hadith 39: Kesilapan, lupa dan dipaksa adalah suatu yang boleh mendapat

Hadith 40: Peringatan dari sikap lalai dan leka

20

Syarah Hadith 41 – 42

Hadith 41: Kewajipan melaksanakan ajaran Rasulullah s.a.w.

Hadith 42: Keluasan rahmat Allah terhadap hambaNya.