AL-ZUHRI

Diploma Pengajian Islam Zuhri Lanjutan (DPIZL)

Pengenalan


Diploma Pengajian Islam Zuhri Lanjutan (DPIZL) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai penghkususan disiplin agama. Di samping pengajian ilmu-ilmu teras agama dalam pengkhususan tersendiri seperti al-Quran, al-Hadith dan al-Syariah dan Aqidah, DPIZL juga menekankan aspek kontekstualisasi dan aplikasi ilmu-ilmu tersebut. DPIZL ini bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Diploma dari Al-Zuhri, Andalus, Cordova dan lain-lain institusi pengajian untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma Lanjutan. Dengan ini mereka dapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.


Syarat-syarat Kemasukan


Peserta yang ingin melanjutkan pengajian ke Diploma Pengajian Islam perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:

  1. Berusia tidak kurang daripada 19 tahun
  2. Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat diploma atau pra-universiti di institusi pengajian agama seperti madrasah sepenuh masa, madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.

 

 

Yuran Pengajian


 

Pendaftaran $54

Bulanan $97

yuran tidak termasuk harga nota dan buku.


Bayaran Yuran Melalui GIRO

Sejajar dengan polisi yang sedia ada, para pelajar diwajibkan membayar yuran melalui GIRO. Sila dapatkan borang GIRO dari pejabat seberapa segera, jika anda belum melakukannya. Sila pastikan cap jari atau tandatangan anda di borang GIRO serupa dengan buku bank anda. Potongan yuran melalui GIRO akan dibuat pada tanggal 12 setiap bulan.


Polisi Kelewatan Pembayaran Yuran

 

Tempoh Lewat Membayar Yuran

Tindakan

1 Bulan

Keputusan peperiksaan tidak diberi

2 Bulan

Dilarang menduduki peperiksaan

3 Bulan

Pengajian digantung


 

Kehadiran Modul


 

I. Pelajar perlu menghadiri sekurang-kurangnya 60% dari waktu pengajian setiap modul.

II. Pelajar yang kehadirannya 60% dan ke bawah dilarang menduduki peperiksaan dan perlu mengulangi modul tersebut serta pembayaran yuran yang baru.

III. Pelajar tidak dibenarkan menuntut yuran untuk modul yang tidak dihadiri.

IV. Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu menulis surat permohonan beserta alasan yang munasabah kepada jabatan pendidikan.

V. Pelajar juga harus memohon agar pemotongan yuran melalui Giro dihentikan sewaktu penangguhan pengajian.

VI. Jika pelajar gagal melakukan demikian pihak Al-Zuhri tidak akan bertanggungjawab atas pemotongan tersebut dan yuran yang telah dipotong tidak akan dikembalikan.


Program Pengajian


Diploma Lanjutan Pengajian Islam dilaksanakan secara separuh masa. Pelajar perlu menamatkan 24 jam kredit (8 modul). Program ini ditawarkan dalam tempoh 2 tahun atau 4 semester. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal. Setiap penggal menawarkan 1 modul dalam tempoh masa 3 bulan. Peserta harus menamatkan 8 modul (mendapat 24 jam kredit) dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk berjaya dalam pengajian. Di samping itu pengajian ini juga dibuka untuk peserta yang ingin mengikuti pengajian secara odit.


 

Program dan Matapelajaran


 

 

Diploma Lanjutan Fiqh & Usul Fiqh

Tarikh Tasyri

Qawaid Fiqhiyyah

Ushul Fiqh

Fiqh Muamalah

Fiqh Munakat & Fiqh Jinayah

Fiqh Mawaris

Masail Fiqhiyah

Ekonomi Islam

 

 

 

Diploma Lanjutan Quran & Sunnah

Qawaid Tafsir

Tafsir Al-Qur’an 1

Tafsir Al-Qur’an 2

Ulumul Qur’an 1

Ulumul Qur’an 2

Ulumul Hadits

Hadith 1

Hadith 2

Diploma Lanjutan Aqidah dan Falsafah

Pengajian Pemikiran Islam di Singapura

Falsafah Islam

Tasawwur Islam

Falsafah Pendidikan Islam

Fiqh Dakwah

Sejarah Peradaban Islam

Kepimpinan dalam Islam

Adab Islam

Diploma Lanjutan Pendidikan Islam

Psikologi Pendidikan 

Strategi Pembelajaran

Psikologi Perkembangan

Sejarah Pendidikan Islam

Ilmu Pendidikan Islam

Pentadbiran Pendidikan Islam

Sejarah Kebudayaan Islam

Teknologi Maklumat dalam Islam


 

Musim Pengajian

 


 

Diploma Lanjutan Pengajian Islam mengamalkan sistem 2 semester dalam tempoh 12 bulan. Setiap semester mengambil masa 6 bulan dan dibahagikan kepada 2 penggal dengan 11 minggu pengajian dalam setiap penggal, diikuti dengan 1 minggu peperiksaan dan 1 minggu cuti setelah tamat setiap penggal.


Semester 1

Penggal 1: Jan – Mac (13 minggu)

11 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti penggal


Penggal 2: Apr – Jun (13 minggu)

11 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti penggal


Semester 2

Penggal 3: Jul – Sep (13 minggu)

11 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti penggal


Penggal 4: Okt – Dis (13 minggu)

11 minggu pengajian

1 minggu peperiksaan

1 minggu cuti penggal