AL-ZUHRI

Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah (DPQS)

 

 

PENDAHULUAN


Diploma Pengajian Al-Qur’an dan Al-Sunnah Al-Zuhri (DPQS) ditawarkan sebagai pengajian separuh masa bagi peringkat pos-menengah yang merangkumi pelbagai disiplin agama. Disamping pengajian ilmu-ilmu teras agama seperti pengajian al-Qur’an dan al-Sunnah, program ini juga menawarkan beberapa pengajian yang mempunyai aspek aplikasi dan kefahaman berdasarkan kepada keadaan dan kehidupan semasa seperti Taṣawwur Islam, Pendidikan Islam dan Sains Islam. DPQS bertujuan memberi peluang kepada lulusan program Kelas Bimbingan Menengah (KBM 4) di Andalus dan Cordova, lulusan Madrasah Sepenuh Masa (Thanawi Empat), lulusan Sijil Pengajian Al-Quran (SPA), Sijil Pengajian Ugama (SPU) di Al-Zuhri dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian Islam (bukan sepenuh masa) ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan ini mereka mendapat peluang untuk mendalami dan meluaskan pemikiran serta kefahaman Islam sejajar dengan keperluan-cabaran semasa.

 

 

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN


• Berusia tidak kurang dari 17 tahun

• Telah menamatkan dan lulus pengajian Islam secara formal peringkat menengah di institusi pengajian agama seperti madrasah masjid, persatuan Islam atau agensi swasta.


Lembaga Pengurusan berhak mengadakan sesi interviu untuk pemohon pemohon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.


Pengajian Secara Odit (Berkala1)

• Berusia tidak kurang dari 17 tahun


Lembaga Pengurusan boleh melakukan interviu terhadap calon-calon tertentu dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

MUSIM PENGAJIAN


Semester 1:

Penggal 1

Minggu Pengajian (Feb-Apr): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Apr): 2 minggu

Minggu Cuti (Mei): 1 minggu


Penggal 2

Minggu Pengajian (Mei-Jul): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Jul): 2 minggu

Minggu Cuti (Jul): 1 minggu


Semester 2:

Penggal 3

Minggu Pengajian (Ogos-Okt): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Okt): 2 minggu

Minggu Cuti (Okt): 1 minggu


Penggal 4

Minggu Pengajian (Nov-Jan): 10 minggu

Minggu Peperiksaan (Jan): 2 minggu

Minggu Cuti (Jan): 1 minggu

 

 

SISTEM PENILAIAN


Penilaian dijalankan secara berterusan dan di akhir setiap penggal. Tujuan penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai kebolehan dan pencapaian seseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


 

PENGANUGERAHAN SIJIL


Sijil Diploma Pengajian al-Quran dan Sunnah akan dianugerahkan mengikut kelas-kelas yang berdasarkan kepada Himpunan Purata Timbunan Nilai Gred yang terkumpul selepas pengajian ditamatkan.


 

JALUR DPQS


Peserta yang berjaya menamatkan pengajian DPQS berpeluang untuk meneruskan pengajian mereka ke program separuh masa seperti program Sarjana Muda Pengajian Islam (SMPI) di Institut Pengajian Al-Zuhri.


 

YURAN PENGAJIAN


Yuran pendaftaran bagi kursus ini adalah sebanyak $54.00 sahaja yang perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Manakala yuran bulanan adalah sebanyak $88.00 sebulan (dibayar melalui giro).


 

Sila kunjungi ke cawangan kami untuk pendaftaran atau daftar secara online.


Sila ke lelaman www.zuhri.com.sg untuk maklumat terperinci program DPQS.